Search

Sesi Mendapat Balik Skil Badminton

Seki...

  • Share this:

Sesi Mendapat Balik Skil Badminton

Sekilas ikan di air, beberapa rakan di kalangan ustaz & penasihat Syariah di bank2 Islam bersetuju bagi turun ke gelanggang semalam jam 8 malam. Plan yang paling efektif & tangkas. Hebat.

Saya sampai di gelanggang pukul 8.02 malam. Teruja nak dapat grip & skil lama. Ada cabaran. Sewaktu membuat warming up, rasa berat badan 100kg. Lari berat. Membongkok berat. Semuanya berat membatu.

Selepas warming up, saya berpeluang bermain di set pertama. Terasa nikmat dapat memukul buku tangkis dengan mendengar bunyi pukulan yang menjadi halwa telinga. Zas...zas...zas. Semangat pulih serta merta. Badan & anggota masih keras & membatu. Grip pukulan tak ringan lagi. Banyak kesalahan bodoh yang dilakukan. Ini biasa kepada setiap langkah permulaan. Yang paling bodoh & luar biasa ialah tidak memulakan apa2 pergerakan. Macam tu je sepanjang zaman & keadaan. Tiada yang baru.

Di set kedua, saya dapat raket baru. RSL Milinium 6. Saya baru beli dari Nik Faiz (bekas pemain remaja kebangsaan). Di set kedua, saya pair dengan Nik Faiz. Bunyi pukulannya pun dah seronok. Mantap. Zassss...Zasss. Cuma dia cool saja. Kami adalah klas berbeza. Dia helang & kami merpati.

Alhamdulillah, saya mampu bermain 5 set. Berpeluh habis. Memang bermain badminton pergerakannya di semua arah. Depan & belakang. Lurus & membongkok. Kiri & kanan. Lompat & terjun. Ini amat memenatkan tapi lebih berkesan berbanding berlari atas track. Satu arah saja.

Saya amat mensyukuti nikmat kesihatan yang Allah kurniakan. Masih lagi dapat beriadah badminton. Kami bersetuju bagi kembali ke gelanggang minggu depan malam Jumaat.

"Bagi saya 3 bulan untuk dapat balik performance saya, insyaAllah," ujar saya kepada rakan2 saya semalam. Apa sahaja kita lakukan @ ingin lakukan, kena ada mimpi & tempoh mimpi. Bukan mimpi kosong atau mimpi yang tidak bertarikh.

Terima kasih Prof. Dr Ashraf, Nik Faiz, Us. Khairul Anuas Basri, Us Khairul, Us Alfi, Us. Akmal & Us. Husni atas kehadiran semalam.

Jam 10 malam semalam saya rasa berat badan saya turun ke 70 kg. Alhamdulillah.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts